Skop Perkhidmatan
- Ointment
- Lotion
- Cream
Produk OTC kegunaan luar
Produk OTC (over-the-counter) ialah produk yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Bagi kegunaan luar, ia merangkumi salap, losyen dan krim yang disapu pada kulit. Kami membangunkan produk ini dengan bahan herba terpilih dan menghasilkannya mengikut formulasi yang dipersetujui.
Bentuk dan pembungkusan
- Salap (ointment) — dalam jar atau tiub
- Losyen — dalam botol atau botol pam
- Krim — dalam tiub atau jar
Pengalaman dengan jenama sendiri
Sari Tani Desa juga pengeluar jenamanya sendiri, Minyak Tapil Cap Wanita — minyak urut kegunaan luar yang berdaftar dengan KKM (MAL20013386X). Pengalaman menghasilkan dan memasarkan produk sendiri inilah yang kami bawa ke setiap projek pelanggan.
Pendaftaran NPRA
Produk OTC perlu didaftarkan dengan NPRA sebelum dipasarkan. Kami membantu menyediakan maklumat formulasi, spesifikasi produk dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pendaftaran.
Soalan Lazim
Maklumat di laman ini untuk pengetahuan umum dan bukan pengganti nasihat perubatan atau nasihat kawal selia profesional. Rujuk agensi berkaitan bagi keperluan terkini.