Menyemak Status Halal Produk Dan Premis Makanan Di Malaysia
Bukan semua logo halal tulen. Ketahui cara menyemak status halal produk dan premis melalui saluran rasmi JAKIM.
Oleh Admin Sari Tani
Seperti anda, kami juga pengguna yang mementingkan kebersihan produk dan premis makanan di Malaysia. Jadi, kalau nak beli makanan yang diproses atau nak makan di restoran, kita mesti nak lihat ada logo halal atau tidak. Tetapi jangan mudah tertipu — bukan semua logo halal tulen dan diperakui oleh badan yang bertanggungjawab.
Siapa yang mengeluarkan sijil halal di Malaysia?
Di Malaysia, sijil halal dipantau dan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pastikan logo halal yang ada pada bungkusan makanan atau di restoran ialah logo yang diiktiraf oleh JAKIM.
Bagaimana menyemak status halal?
Bagaimana jika ada pengeluar makanan atau pengendali premis yang tidak bertanggungjawab menggunakan logo halal tanpa kebenaran? Jangan bimbang — JAKIM menyediakan perkhidmatan dalam talian yang memudahkan kita menyemak status halal pada bila-bila masa. Layari halal.gov.my di komputer atau telefon pintar anda.
Di laman web tersebut juga terdapat banyak lagi maklumat berguna. Aplikasi telefon pintar rasmi turut tersedia jika anda mahu menyemak status halal dengan cepat semasa membeli-belah.
Kemas kini 2026
Artikel ini asalnya diterbitkan pada 2015. Sari Tani Desa kekal diperakui oleh JAKIM sebagai pengeluar produk halal — lihat perkhidmatan pengilang halal kami.
Maklumat di laman ini untuk pengetahuan umum dan bukan pengganti nasihat perubatan atau nasihat kawal selia profesional. Rujuk agensi berkaitan bagi keperluan terkini.