Terus ke kandungan

Menyemak Produk Yang Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebagai pengguna yang bijak, pastikan produk kosmetik dan ubat-ubatan yang anda beli berdaftar dengan pihak berkuasa.

Oleh Admin Sari Tani

Tangan menulis pada dokumen pendaftaran produk di atas meja

Sekarang ini banyak betul produk kosmetik dan ubat-ubatan di pasaran, sama ada yang dijual di farmasi, kiosk di pusat membeli-belah atau secara dalam talian. Sebagai pengguna yang bijak dan bagi memastikan kita menggunakan produk yang tidak berbahaya, kita perlu pastikan produk tersebut mempunyai kelulusan dan berdaftar dengan pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di mana boleh menyemak pendaftaran produk?

Pihak berkuasa menyediakan khidmat dalam talian untuk kita menyemak sama ada produk di pasaran sudah berdaftar atau tidak. Kalau produk itu berdaftar, boleh teruskan menggunakannya. Kalau tiada dalam rekod, maknanya produk itu tidak berdaftar.

Semak produk keluaran Sari Tani Desa

Sambil-sambil itu, anda boleh juga mencari produk yang dikeluarkan dan dikilangkan oleh Sari Tani Desa. Masukkan perkataan sari tani desa dan buat carian mengikut nama produk atau nama pengilang (manufacturer). Semak sendiri produk-produk yang kami keluarkan. Selamat mencuba!

Kemas kini 2026

Artikel ini asalnya diterbitkan pada 2015 apabila agensi berkenaan dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Agensi itu kini dikenali sebagai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), dan carian produk dibuat melalui laman rasmi npra.gov.my. Produk ubat, tradisional dan suplemen yang berdaftar membawa nombor MAL, manakala produk kosmetik membawa nombor notifikasi. Baca juga beza produk tradisional, OTC dan kosmetik.

Kongsi

Maklumat di laman ini untuk pengetahuan umum dan bukan pengganti nasihat perubatan atau nasihat kawal selia profesional. Rujuk agensi berkaitan bagi keperluan terkini.

Artikel Berkaitan

Lihat Semua Artikel

Ada Idea Produk?

Mari Berbincang Dengan Kami.

Dapatkan panduan dan cadangan yang sesuai dengan keperluan produk herba anda.